Ciri-ciri stesen Stesen_Maluri

Lokasi

Stesen LRT Maluri terletak berhampiran Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur. Di sebelah barat laut stesen LRT ini adalah Jalan Palong, Taman Miharja manakala di sebelah selatan adalah Sungai Kerayong dan Lebuhraya Sungai Besi (Lebuhraya Besraya). Stesen MRT Aeon-Maluri pula terletak di bawah Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur. Di sebelah barat stesen MRT ini adalah Taman Miharja manakala di sebelah timur adalah Depoh Rapid Bus Maluri dan AEON Taman Maluri, Cheras. Terdapat dua pusat membeli-belah berhampiran stesen Maluri iaitu AEON Taman Maluri dan Sunway Velocity Mall dimana kedua-dua pusat membeli-belah ini mempunyai laluan pejalan kaki khas ke stesen ini. Mercu tanda tempatan lain di sekitar stesen ini adalah Taman Pertama, Flat Miharja, IPD Cheras, LHDN cawangan Cheras, Taman Pudu Ulu dan plaza tol Loke Yew.

Pelan stesen

L2
Platform
AG Arah Barat Laluan Ampang menghala ke  AG18  Sentul Timur (Miharja)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
AG Arah Timur Laluan Ampang menghala ke  AG1  Ampang (Pandan Jaya)
L1Aras Legar LRT Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaguna dan laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar MRT
GAras TanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
B1Aras Legar MRT Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar LRT
B2
Platform
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Taman Pertama)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Cochrane)

Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki bertingkat: stesen LRT Maluri dan stesen MRT Aeon-Maluri. Stesen LRT Maluri adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar, dan aras tanah. Stesen MRT Aeon-Maluri pula adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Sebuah pejalan kaki disediakan bagi menghubungkan kawasan berbayar LRT dengan kawasan berbayar MRT yang boleh diakses di aras legar. Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 250 petak parkir kereta dan 50 petak parkir motosikal.[6]

Stesen LRT Pasar Seni mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang manakala stesen MRT Aeon-Maluri mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Di stesen MRT Aeon-Maluri, terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[7] Di stesen LRT Maluri pula, kemudah tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif disediakan bagi Orang Kurang Upaya (OKU).[8]

Reka bentuk dalaman

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen MRT AEON-Maluri, stesen ini telah diberi tema "Generasi Baharu".[9]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T352, 400, T400, T401, 402 dan 450 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan

WikiPedia: Stesen_Maluri http://www.thestar.com.my/metro/story.asp?file=/20... http://www.thestar.com.my/news/education/2016/05/0... http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/09/s... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.sydneytramwaymuseum.com.au/members.old... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/perjalanan-mrt/pa... https://www.thestar.com.my/business/business-news/... https://www.thestar.com.my/news/community/2011/07/...